Petai Lane merupakan tempat untuk peniaga-peniaga kecil berniaga petai. Tempat Petai Lane dahulu adalah merupakan Lorong Petai Bidor yang biasa. Peniaga-peniaga petai dahulu berniaga hanya beralaskan surat khabar dan sekarang tempat ini diubahsuai untuk keselesaan peniaga-peniaga petai untuk berniaga petai. Terdapat juga kiosk-kiosk untuk peniaga meniaga.
Di samping itu terdapat juga mural petai dan alam sekitar yang merupakan hasil daripada seni lukisan anak-anak tempatan. Selain membeli petai, pengunjung dapat juga berswafoto di mural-mural tersebut.


