Tarikh | : 27 Julai 2025 |
Masa | : 08:30AM – 11:00 AM |
Peserta | : 25 orang |
Lokasi | : Perkarangan Rumah Pengerusi Taman Bersatu, Bidor |
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada peserta yang terpilih untuk menjadi Key Communicator (KC) peringkat Parlimen Tapah serta pengenalan mengenai NADI.
Aktiviti :
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Penduduk Taman Bersatu iaitu Ustaz Mohd Faizal Berahanoddin dan kemudian taklimat ringkas MADANI oleh Pegawai Jabatan Komunikasi (J-KOM) Parlimen Tapah iaitu Encik Faruqkhizam Hamzan. Program ini bertujuan memperkenalkan peserta terpilih menjadi Key Communicator (KC) peringkat Parlimen Tapah sebagai komuniti yang dapat menyampaikan maklumat inisiatif kerajaan. Kemudian diteruskan dengan taklimat ringkas mengenai NADI Ppr Sri Bidor oleh Pengurus NADI.