mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q2/2025: CELIK IT

CELIK IT QHAIRUL AIMAN BIN HARIMANALI

  Nama : Qhairul Aiman Bin Harimanali
  Umur :  16 tahun
  Ahli :  2024

Latar Belakang

Qhairul Aiman menjadi ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) PPR Sri Bidor pada tahun 2024. Beliau menjadi ahli selepas menyertai Pertandingan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Musim 2 dan juga mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT secara percuma.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Beliau tidak tahu cara penggunaan komputer dan cara menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja sekolah. Beliau juga tidak tahu cara penggunaan browser yang betul seperti google untuk mencari maklumat

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja-kerja  sekolah. Beliau juga mendapat kesedaran mengenai penggunaan internet yang betul dan selamat serta cara mengelakkan penipuan internet melalui program-program taklimat kesedaran yang beliau sertai.