USAHAWAN MUIZZUDDIN BIN HILALUDDIN SABRI
Nama | : Muizzuddin Bin Hilaluddin Sabri |
Umur | : 30 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar Belakang
Encik Muizzuddin merupakan usahawan separuh masa yang menjual burger di gerai kecil tepi jalan pada waktu malam.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Sebelum penglibatan NADI beliau tidak tahu cara membuat poster untuk memasarkan produk beliau dan cara menyimpan data-data pelanggan serta rekod jual beli.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) PPR Sri Bidor, kini beliau telah mahir membuat poster untuk memasarkan produk beliau menggunakan Canva dan PowerPoint. Beliau juga tahu cara yang betul untuk menyimpan data-data pelanggan dan rekod jual beli dengan lebih teratur.


