CELIK IT MUHAMMAD DANIEL ISKANDAR BIN SAIFUL HAMIZAN
Nama | : Muhammad Daniel Iskandar Bin Saiful Nizam |
Umur | : 18 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar Belakang
Daniel Iskandar menjadi ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) PPR Sri Bidor pada tahun 2018. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT secara percuma.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Beliau tidak tahu cara penggunaan komputer dan cara menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja sekolah. Beliau juga tidak tahu mengenai penggunaan internet yang selamat dan betul.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja-kerja sekolah. Beliau juga mendapat kesedaran mengenai penggunaan internet yang betul dan selamat serta cara mengelakkan penipuan internet melalui program-program taklimat kesedaran yang beliau sertai.


