CELIK IT MUHAMMAD IQBAAL ISHRAFF BIN ABDULLAH
| Nama | : Muhammad Iqbaal Ishraff Bin Abdullah |
| Umur | : 15 tahun |
| Ahli | : 2024 |
Latar Belakang
Iqbaal Ishraff menjadi ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) PPR Sri Bidor pada tahun 2024. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT dan kelas-kelas tusyen online secara percuma.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Beliau tidak tahu cara penggunaan komputer dan cara menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja sekolah. Beliau juga tidak tahu cara penggunaan browser yang betul seperti google untuk mencari maklumat
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja-kerja sekolah dan tahu cara menyertai kelas atas talian dengan betul. Beliau juga mendapat kesedaran mengenai penggunaan internet yang betul dan selamat serta cara mengelakkan penipuan internet melalui program-program taklimat kesedaran yang beliau sertai.


