CELIK IT MUHAMMAD ADAM JEFRI BIN HAMIDI
Nama | : Muhammad Adam Jefri Bin Hamidi |
Umur | : 12 tahun |
Ahli | : 2024 |
Latar Belakang
Muhammad Adam Jefri menjadi ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) PPR Sri Bidor pada tahun 2024. Beliau tertarik menjadi ahli selepas mendengar penjelasan daripada petugas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Beliau juga menjadi ahli kerana tidak mahu melepaskan peluang yang menarik untuk belajar ICT secara percuma.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Beliau tidak tahu cara penggunaan komputer dan cara menggunakan Microsoft Office untuk membuat kerja sekolah. Beliau juga tidak tahu mengenai penggunaan internet yang selamat dan betul.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dihadiri beliau, beliau kini telah mahir menggunakan Microsoft Office seperti Word dan PowerPoint untuk membuat kerja sekolah. Beliau juga kini mengetahui untuk menggunakan internet dengan selamat dan betul.


