mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1/2025 – USAHAWAN I

USAHAWAN SITI HAJAR SUJANG

  Nama :  Siti Hajar Binti Sujang
  Umur :  47 tahun
  Ahli :  2016

Latar Belakang

Puan Siti Hajar merupakan suri rumah sambil berniaga nasi lemak dan kuih-muih di gerai kecil tepi jalan pada waktu petang sehingga malam. 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum penglibatan NADI beliau tidak tahu cara membuat poster untuk memasarkan produk beliau dan cara menyimpan data-data pelanggan serta rekod jual beli.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) PPR Sri Bidor, kini beliau  telah mahir membuat poster dan sticker untuk memasarkan produk beliau menggunakan Canva. Beliau juga tahu cara yang betul untuk menyimpan data-data pelanggan dan rekod  jual beli dengan lebih teratur.